SEJARAH PEMBANGUNAN PERAKAUNAN
Pengertian Perakaunan :
Perakaunan merupakan satu cabang Sains Matematik yang sangat berguna dalam mencari punca kejayaan dan kegagalan sesuatu perniagaan. Prinsip-prinsip perakaunan diaplikasi di dalam entiti perniagaan dalam tiga bahagian seni gunaan yang dinamakan perakaunan, simpan kira, dan pengauditan.
Pengertian Perakaunan Islam :
Bahasa: Berasal daripada perkataan Arab yang disebut sebagai al- Muhasabah atau al- Hisab yang bermaksud mengira atau menyukat.
Istilah : Menurut Muhammad kamal Atiyah : Satu pengiraan hasil-hasil kerja yang halal menurut kaedah syara’ dan dilaksanakan berdasarkan perbandingan pendapatan dan kos.
Perakaunan dikenali juga sebagai ilmu hisab/akaun/rekod harta. Ia Merupakan cabang ilmu kemasyarakatan yang merekodkan laporan kewangan ke atas segala aktiviti yang melibatkan kewangan. Laporan akaun amat berguna bagi kepentingan masyarakat awam dan juga mereka yang terlibat dalam aktiviti kewangan dan perakaunan.
Sejarah perakaunan :
Sejarah awal perakaunan bermula daripada zaman purba, awal pertanian dan tamadun manusia (orang Sumeria di Mesopotamia), sewaktu tercetusnya buat julung kalinya keperluan mengekalkan catatan tepat mengenai kuantiti dan nilai relatif hasil pertanian. Catatan tertua yang pernah direkodkan dalam sejarah perakaunan adalah catatan pembayaran upah di Babylonia pada tahun 3500 S.M. Pada peringkat awal, catatan dibuat pada kepingan tanah liat, tetapi kemudiannya menjadi lebih maju setelah terciptanya kertas dan pen di Mesir pada tahun 400 S.M.
Apabila wang mula digunakan sebagai alat perantaraan bagi penilaian dan pertukaran maka wujudlah sistem kewangan yang lebih baik pada abad ke-5 dan ke 6 S.M., Dengan itu juga bermulalah rekod perakaunan menggunakan nilai wang sebagai ukuran dan pada tahun 850 M pula, sistem angka Hindu-Arab mula digunakan bagi catatan perakaunan.
Sejarah perakaunan islam :
Sejarah perkembangan ilmu perakaunan dalam Islam bermula apabila Rasulullah S.A.W telah mengarahkan supaya catatan dibuat kepada penerimaan dan perbelanjaan harta zakat dan sedekah, yang jua menjadi asas kepada prinsip catatan beregu bagi menyatakan kedudukan wang masuk dan wang keluar, ekoran perkara tersebut yang telah disebutkan dalam surah Al-Baqarah, Ayat 282 yang menjelaskan tentang keperluan menyedia rekod transaksi kewangan dan membuat pengesahan mengenainya.
Terjemahan sebahagian daripada surah Al-Baqarah, Ayat 282 tersebut; ‘Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu.’
Kemudiannya pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab R.A telah diwujudkan sebuah jabatan khusus yang dipanggil diwan, hasil daripada cadangan yang dikemukakan oleh Hurmuzan, yang mana peranan utamanya ialah menguruskan hal ehwal perakaunan dengan membuat catatan semua harta yang diperolehi dan yang dibelanjakan. Selepas itu ditubuhkan pula diwan yang berkaitan dengan wang kutipan cukai kharaj dan cukai-cukai lain.
OBJEKTIF DAN KEPENTINGAN PERAKAUNAN MENURUT ISLAM :
Perakauanan merupakan pergerakan dua bahagian (keluar dan masuk) wang atau harta dan ia akan sempurna apabila kedua-dua kiraan ditulis dengan teliti dan daftarkan dan perakaunan yang tersusun rapi serta bercorak objektif. Antara objektif perakaunan menurut Islam ialah:
1. Merialisasikan Maqasid syarait Islam ( Memelihara Harta)
Para ahli tafsir berkata tentang tafsir dari perintah Allah yang bererti
“tuliskanlah” (faktubuhu) adalah suatu keperluan untuk menjaga harta dan untuk
menghilangkan keraguan.
2. Bukti Catatan Bertulis Ketika Wujud Perselisihan antara pihak yang terlibat. Hal ini telah disyaratkan oleh al Qurān pada surah al Baqarah ayat 282 yang bermaksud;
“Yang demikian (catatan) itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan
(menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan
keraguan kamu.
3. Dapat Membantu Dalam Mengambil Keputusan berdasarkan catatan, angka dan fakta-fakta yang berkaitan. Imam Syafie berkata: “ sesiapa yang mempelajari Hisab (perakaunan), luaslah fikirannya” Ertinya seseorang pedagang atau siapa sahaja tidak akan dapat mengambil keputusan yang bijaksana tanpa bantuan data-data yang tercatat dalam surat-surat atau buku-buku catatan. Hal ini juga telah dijelaskan oleh al Qurān dan Hadis Nabi SAW.
4. Menentukan Hasil Usaha Yang Akan Dizakatkan. Di antara tujuan perakaunan yang utama pada zaman awal Islam ialah untuk mengetahui hasil-hasil perdagangan di akhir tahun, sehingga mudah bagi mereka untuk mengetahui modal pokok, untung dan rugi. Dengan demikian mereka dapat mengukur jumlah zakat hartanya.
CIRI DAN PERBEZAAN PERAKAUNAN ISLAM DAN PERAKAUANAN KONVENSIONAL:
ASPEK
|
PERAKAUNAN KONVENSIONAL
|
PERAKAUNAN ISLAM
|
Prinsip Asas
|
Merupakan ciptaan manusia dan boleh berubah-ubah mengikut keadaan
mengikut keadaan ekonomi semasa
|
Berasaskan Al-Quran dan Sunnah. Prinsip ini tidak boleh diubah. Hanya cara memperakaunkan sahaja yang boleh diubah, bukan prinsip asas danhukum-hukumnya
|
Kepentingan
|
Hanya tertumpu kepada kepentingan individu ataupun pemilik modal sesebuah syarikat.e.g. kapitalis sistem
bersifat sekular iaitu mengutamakan keduniaan semata-mata
|
Kepentingannya tidak terhad kepada pemilik modal sahaja, tetapi juga kepada masyarakat (yang meliputi semua umat). Ini jelas menunjukkan bahawa islam mementingkan semua makhluk yang ada dimuka bumi ini
|
Etika
|
Bersumberkan kepada hukum perdagangan masyarakat kapitalis moden. Ini bermaksud perakaunannya adalah melibatkan urusniaga yang haram disisi islam seperti riba dan judi.
|
Berdasarkan kepada etika yang bersumberkan Al-Quran dan Hadis. Urusniaga yang dijalankan mestilah mematuhi perundangan syariah dimana perniagaan yang haram seperti riba, judi, arak dan khinzir tidak boleh dijalankan.
|
Pendedahan
|
Penyajian maklumat yang sangat terbatas. Pendedahan dibuat dengan tujuan pengguna akhir dapat membuat keputusan ekonomi. Laporan yang dibuat bersifat konservatif dalam menghadapi ketidakpastian
|
Pendedahan menyeluruh untuk memenuhi maklumat kewangann yang
sesuai dan Syariah dan memenuhi Islamic Corporate Report (ICR).
|
Objektif
|
Meyakinkan pengguna bahawa perekodan yang dibuat dan penyata kewangan yang disediakan adalah boleh dipercayai dan sahih tetapi ia tidak mengambil berat hasil pendapatan samaada is diperolehi dari sumber riba dan kosnya pula tidak diyakini samaada ia dari rasuah atau kos-kos lain yang salah dari hukum agama
|
Menjadi tanggungjawab dalam menyediakan penyata kewangan dengan jujur dan sahih dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah. Segala kegiatan perusahaan dan urusniaga mestilah halal iaitu hasil pendapatan mestilah bukan dari sumber yang haram
|
Tempoh perakaunan
|
Disediakan untuk satu tempoh yang tertentu biasanya 12 bulan mengikut kalender masihi
|
Disediakan dalam tahun hijrah untuk pungutan zakat.
|
Materialisme
|
Menekankan prinsip kepentingan relatif sebelum membuat sesuatu keputusan untuk merekod dan melapor. Contohnya, tidak mengambilkira amaun yang kecil(sen) yang dirasakan tidak memberi impak yang besar kepada penyata kewangan dan hanya meletakkan jumlah genap. Perkara ini dapat dilihat dalam penyediaan KKK dan penyata pendapatan. Mereka beranggapan bahawa perkara ituadalah remeh dan mengelirukan pengguna maklumat kewangan
|
Menekankan prinsip kewajipan kepada Allah, masyarakat dan individu sebelum membuat sesuatu keputusan untuk merekod dan melapor. Dalam perakaunan Islam, syarikat akan melaporkan setiap jumlah yang digunakan atau diperolehi walaupun jumlah itu sangat kecil
|
Sistem catatan bergu :
Sistem catatan bergu iaitu seni perakaunan yang berdasarkan sistem matematik logik, pula bermula apabila perdagangan menjadi semakin pesat di Itali pada 1200-1500S.M. Sistem ini dicipta oleh Luca Pacioli bertujuan untuk menyimpan rekod yang lengkap dan sistematik. Luca Pacioli dianggap sebagai bapa perakaunan kerana bukunya merupakan terbitan perakaunan yang pertama dicetak di dalam bukunya “Summa de Arithmetica, Geometria, Proportioni et Proportionalità”.telah membentuk asas perakaunan yang diamalkan sehingga kini. Revolusi Perindustrian di England pada abad ke 17 dan ke 18 M, telah memperkembangkan lagi sistem perakaunan yang mana perakaunan kos mula diperkenalkan.
Di dalam perakaunan islam mempuyai beberapa tokoh yang hebat iaituAbdullah al-Khawarizmi. Al-Khawarizmi ( 780 M – 850 ) dianggap orang yang bertanggungjawab tentang penemuan system angka yang kita pakai sekarang. Beliau dikenali sebagai al-Khawarizmi, al-Ahawarizmi, al-Ghowarizmi, al-Karismi, al-Goritmi, Algorismi. Khawarizmi patut disanjung kerana kepintarannya mengubahsuai, mereka- bentuk dan memperkenalkan symbol yang begitu bersistem terutamanya dengan angka sifar yang berperanan seperti sekarang. Beliau adalah bapa aritmetik sehingga digelar Algorisma, bapa al Jabar. Buku karangan beliau mafatih al-Ulum telah menjadi sumber rujukan utama dalam ilmu perakaunan dan telah dialih bahasa ke bahasa latin dan lain-lain bahasa.
Faktor Kemalapan Perakaunan Islam
1. wujudnya kesenangan yang melampau dikalangan umat/pemerintah Islam
2. Kesan penjajahan / pendidikan sekular
3. Sikap negatif umat Islam terhadap sumber ilmu
4. Pertelagahan sesama Islam
s
Grand Casino Hotel Las Vegas - Mapyro
ReplyDeleteGrand Casino Hotel Las 강원도 출장샵 Vegas. 3121 안성 출장안마 Las Vegas Blvd S Las Vegas, NV 89109. 세종특별자치 출장샵 star. Rates from $180. 대전광역 출장마사지 Rating: 3.6 · 광주광역 출장샵 971 reviews